Bantuan Musibah Banjir kepada Keluarga Puan Rawiyah Binti Tuhirin
Saya dan pengurusan Yayasan Taqwa MAIWP telah turun berziarah kepada Puan Rawiyah binti Tuhirin yang mengalami musibah ribut di Muar, Johor. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Saya amat bersimpati dengan ujian yang menimpa Puan Rawiyah dan keluarga. Saya dan pengurusan Yayasan Taqwa MAIWP telah menyampaikan bantuan melibatkan kos sebanyak RM39,995.00. Inilah usaha Jabatan […]
Majlis Penyerahan Peruntukan Khas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Johor
Dalam pertemuan bersama YAB Menteri Besar Negeri Johor hari ini, saya turut menyampaikan peruntukan JAKIM berjumlah RM10 juta kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor untuk tujuan menyelenggara dan menaik taraf Institusi Pendidikan Islam di negeri Johor. Semoga sistem pendidikan Islam di negeri Johor terus diperkasa untuk manfaat dan maslahah umat Islam khususnya […]
Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Oleh MAIWP Kepada MAIJ
Saya melakukan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Negeri Johor di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor. Saya bersama pengurusan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyampaikan sumbangan MAIWP berjumlah RM 1 juta kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan bantuan banjir negeri Johor. Inilah tanda kebersamaan agensi hal […]
Institusi Guaman Syarie Pendokong Sistem Kehakiman Syariah di Malaysia
Baru-baru ini saya telah menerima kunjungan daripada Persatuan Peguam Syarie Negeri Kelantan. Delegasi diketuai oleh Puan Che Hartini bin Che Omat selaku Pengerusi bersama jawatakuasa tertinggi. Perbincangan tertumpu kepada kaedah untuk memperkasa institusi guaman syarie agar lebih memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, selain menjadi institusi yang turut memperkukuh sistem kehakiman syariah. Semoga pertemuan menatijahkan kebaikan […]
Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia
Saya telah menerima kunjungan daripada Y.Bhg Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia. Saya amat mengalu-alukan usaha untuk terus memelihara dan memperkukuh peranan institusi pondok dalam menyebarkan ilmu-ilmu Islam. Terima kasih Y.Bhg Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim bersama pengurusan Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia.
Qiyamullail Bersama Jemaah Surau Al-Amin, Presint 8, Putrajaya
Pagi ini saya bersama-sama jemaah Surau Putra Al-Amin, Presint 8, Putrajaya, berqiyamullail dan solat Subuh berjemaah. Alhamdulillah turut bersama-sama jemaah, Saudara Faizal Ismail, penyampai Radio Zayan, Saudara Ali XPDC, Saudara Zack Kool, Saudara Anas Tahir penyampai Radio Zayan dan lain-lain lagi. Saya turut bersama-sama mendengar Kuliah Subuh yang disampai pendakwah muda, Daie Izzhar. Alhamdulillah saya […]
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Ma’al Hijrah & Maulidur Rasul S.A.W.
Sekitar Mesyuarat Induk Sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan di Dewan Syura, Kompleks Islam Putrajaya. Saya telah memberikan arahan kepada agensi JAKIM untuk membuat persiapan rapi bagi program sambutan tahun ini. Pengisian program perlulah memberikan impak positif ke arah menjayakan agenda Membangun Malaysia Madani. Kerjasama strategik daripada semua agensi peringkat Persekutuan akan […]
Sambutan Tahun Baharu 2024
Membuka tahun baharu 2024 dengan program Qiyamullail di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bersama agensi hal ehwal Islam dan masyarakat sekitar Putrajaya. Selepas Solat Subuh berjemaah, jemaah sama-sama mengamati Kuliah Subuh berkaitan isu Palestin. Semoga Allah merahmati dan memberkati negara kita. #MenteriAgama #MalaysiaMadani #KerajaanPerpaduan #AlFalah #PelanAlFalah