KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN PENGHARGAAN ATAS KESUNGGUHAN YAB PERDANA MENTERI MENYATUKAN KELUARGA SAUDARA NADIR AL-NURI, KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF CINTA GAZA MALAYSIA

1.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesungguhan YAB Perdana Menteri sehingga berjaya menyatukan keluarga Saudara Nadir Al-Nuri, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia.
2.​ Kejayaan ini telah menzahirkan keprihatinan tinggi YAB Perdana Menteri kepada soal kebajikan rakyat selain daya kebijaksanaan kepimpinan beliau yang cukup dihormati dunia sehingga misi besar menyatukan keluarga Saudara Nadir Al-Nuri yang sebelum ini berada di Palestin telah terlaksana dengan jayanya.
3.​ Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru semua pihak untuk terus bersama-sama dengan YAB Perdana Menteri bagi menyatakan solidariti kepada perjuangan menuntut keamanan dan kesejahteraan negara Palestin.
4.​ Marilah bersama-sama dengan keberkatan bulan Syawal ini, kita memperkukuh kesatuan dan berdoa kepada Allah Subhanahu Wataala agar dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan buat rakyat Palestin.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Agama)
16 April 2024

Selamat Datang, Welcome