Lawatan Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perlis

Semalam saya telah melawat Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perlis untuk melihat keadaan sekolah di sana.
Saya telah mendengar taklimat daripada pengetua mengenai kerja-kerja penyelenggaraan pada tahun lepas dan berpuas hati dengan perkembangan terkini.
Sebanyak RM 175,000.00 telah dimohon oleh Maahad Attarbiyah Al-Islamiyah, Perlis kepada JAKIM untuk kerja-kerja pendawaian di blok akademik. InsyaAllah setelah melihat keadaan dan keperluan di sekolah tersebut, saya mengarahkan JAKIM untuk pertimbangkan permohonan tersebut dengan kadar segera agar keselesaan para pelajar terjamin.
Dalam masa yang sama. Yayasan Taqwa-MAIWP telah berbesar hati untuk memberikan sumbangan sebanyak RM 5,000.00 kepada pihak sekolah.

Selamat Datang, Welcome