Majlis Istiadat Konvoksyen Khas Universiti Malaya
Sekitar Majlis Istiadat Konvoksyen Khas Universiti Malaya, Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik kepada TYT Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, World Muslim League. DYMM Tuanku Canselor Universiti Malaya telah memperkenankan Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya diadakan pada 7 Mei 2024 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis Perasmian Imternational Conference of Religious Leaders 2024 (ICRL)
Majlis Perasmian Imternational Conference of Religious Leaders 2024 (ICRL) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri. Jelas amanat YAB Perdana Menteri mengajak semua pihak untuk mempromosikan agenda keamanan dan keharmonian untuk kepentingan sejagat. Mesej Qurani termaktub dalam Surah Al-Hujurat ayat 13. Semoga ia menyerlahkan keindahan Islam yang menyebarkan nilai rahmah dan kasih […]
Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mei Tahun 2024
Sekitar Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bagi Bulan Mei Tahun 2024. Amanat YAB Perdana Menteri begitu jelas menuntut komitmen tidak berbelah bahagi semua anggota perkhidmatan awam untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Saya mahu seluruh warga agensi hal ehwal Islam sentiasa pantas menyelesaikan isu-isu berkaitan […]
Ziarah Asnaf di Labuan
Dalam program di Wilayah Persekutuan Labuan semalam, saya mengambil peluang menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada lima keluarga asnaf di Labuan. Saya berziarah ke kediaman Encik Mohd Afandi Awang, penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP menjadi lokasi pertama dalam sesi kunjung ziarah tersebut. Encik Afandi menanggung seorang isteri, lima orang anak berumur di antara 3 hingga 14 […]
Perkongsian Berkaitan Halatuju Penganjuran International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024 Bersama Agensi Media
Petang ini saya mengadakan pertemuan bersama agensi media bagi berkongsi wawasan serta halatuju penganjuran International Conference of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024 yang dijadual berlangsung esok hari, 7 Mei dan 8 Mei 2024. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) amat komited untuk menggerakkan usaha perpaduan dan keharmonian masyarakat selaras gagasan YAB Perdana […]
Menyambut TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Muslim World League
Sekitar semalam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menyambut TYT Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung, Muslim World League untuk menghadiri International Conference Of Religious Leaders 2024 dan Majlis Ulama Asia 2024. Kedua-dua acara rasmi ini adalah anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN INISIATIF JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KE ARAH MEMPERKASA PEMBANGUNAN AL-QURAN DI MALAYSIA
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh pihak Presiden Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) supaya ditubuhkan Maktab Perguruan Tahfiz. Cadangan tersebut adalah salah satu kaedah untuk memperkukuh sistem pendidikan tahfiz di negara ini. 2. Buat masa ini, untuk memperkukuh sistem pendidikan tahfiz, JAKIM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKENAAN INISIATIF JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) KE ARAH MEMPERKASA PEMBANGUNAN AL-QURAN DI MALAYSIA
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh pihak Presiden Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) supaya ditubuhkan Maktab Perguruan Tahfiz. Cadangan tersebut adalah salah satu kaedah untuk memperkukuh sistem pendidikan tahfiz di negara ini. 2. Buat masa ini, untuk memperkukuh sistem pendidikan tahfiz, JAKIM telah melaksanakan Dasar Pendidikan Tahfiz […]
KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN TALIAN ADUAN MENGHINA AGAMA ISLAM
1. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) secara konsisten memberikan penegasan akan sentiasa memelihara kesucian serta ketinggian agama Islam. Mana-mana pihak yang didapati melakukan apa-apa tindakan menghina Islam perlulah dibawa ke muka pengadilan sebagai pengajaran kepada semua pihak. 2.Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mewujudkan talian khas […]
Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Serentak selepas Majlis Perhimpunan Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), dianjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri Agensi. Saya amat berbesar hati dan berterima kasih setingginya kepada YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri kerana sudi melapangkan masa menyantuni seluruh warga Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dataran Kompleks Islam Putrajaya. […]