KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) BERKAITAN NASIHAT KEPADA MASYARAKAT AGAR SENTIASA BERHEMAH DALAM KEMPEN SOLIDARITI PALESTIN

1.​ Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel terhadap rakyat Palestin adalah tidak boleh diterima sama sekali. Tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadap, melampau serta di luar batas kemanusiaan.
2.​ Atas asas kesatuan dan ihsan, semua pihak adalah diseru untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan kepada Palestin.
3.​ Walaubagaimanapun, apa jua tindakan yang diambil termasuk kempen solidariti kepada umat Palestin perlulah dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem kepada mana-mana pihak. Apatah lagi ia melibatkan fitnah, mencaci, maki hamun, ugutan dan sebagainya.
4.​ Semua pihak adalah diseru untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat. Apa-apa tindakan yang boleh mengundang keresahan awam adalah perlu dielakkan sama sekali.
Sekian, terima kasih.
SENATOR DATO’ SETIA DR. HJ. MOHD NA’IM HJ. MOKHTAR
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
19 Mei 2024

Selamat Datang, Welcome