Perasmian platform Koha Islamic Digital

Alhamdulillah saya baru sahaja merasmikan platform Koha Islamic Digital. Hari ini dalam mendepani arus perdana, pihak Koha Islamic Digital telah menyediakan platform digital atas talian untuk mana-mana orang Islam yang berhajat membuat pengurusan harta pusaka seperti wasiat, hibah dan harta sepencarian. Sepantas kurang dari 30 minit, seseorang pengguna itu boleh menghasilkan pewarisan harta pusaka melalui […]

Taklimat berkaitan Masjid My AI Chat Box di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail

Malam ini saya mendengar taklimat dari pihak ISPACE Digital mengenai MasjidMy AI Chat Box di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Satu inisiatif yang bagus untuk melebarluaskan dakwah dikalangan kariah masjid. Moga inisiatif ini dapat dimanfaatkan sebaiknya demi manfaat institusi masjid dan warga masjid.

Menziarahi saudara Shah Jaihan dan anak saudaranya Mohd Sufi

Berkesempatan menziarahi saudara Shah Jaihan dan anak saudaranya Mohd Sufi yang keduanya diuji dengan strok. Shah Jaihan berumur 49 tahun, mempunyai isteri dan 5 anak berumur dari 15 tahun hingga 25 tahun. Mohd Sufi pula berumur 35 tahun dan merupakan anak tunggal. Kedua ibu bapanya telah meninggal dunia. Saya telah menyampaikan sumbangan dari Yayasan Taqwa […]

Perasmian Surau Al-Marjan, SMK Batu Muda, Kuala Lumpur

Selepas program di Chow Kit saya terus ke SMK Batu Muda, Kuala Lumpur untuk merasmikan Surau Al-Marjan yang telah selesai pembinaan pada Disember 2023. Surau ini mengambil masa 2 tahun untuk dibina dan merupakan hasil kutipan wakaf tunai khas. Surau ini bakal memberi manfaat kepada 1446 pelajar dan guru-guru. Ini merupakan salah satu daripada 6 […]

Lawatan ke Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, di Chow Kit Kuala Lumpur

Pagi tadi saya amat berbesar hati dapat melawat kali yang pertama anak-anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, di Chow Kit Kuala Lumpur. Sekolah ini terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyediakan akses pendidikan formal dalam persekitaran kondusif bagi anak-anak di sini. Pendidikan begitu penting dalam kehidupan kita. Dengan ilmu dan pendidikan, mudah-mudahan anak-anak di sini […]

Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS 2024

Mewakili Kerajaan Persekutuan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS Kali Ke-20. Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS hari ini meraikan kejayaan 70 orang graduan yang […]

Rakaman program Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Pewaris Pendakwah’

Malam ini berkesempatan ke Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) untuk menyaksikan rakaman program Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk ‘Pewaris Pendakwah’. Rakaman episod kali ini adalah bersempena Majlis Istiadat Konvokesyen IKMAS. Forum Perdana kali ini dibarisi panel jemputan iaitu Mufti Sarawak Sahibus Samahah Datu Haji Kipli Bin Haji Yassin, Pengarah JAWI YBhg Datuk Mohd Ajib […]

Program Komuniti Madani Sarawak 2024

Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan ke Sekolah Kebangsaan Salak yang terletak di Kampung Pulau Salak, Kuching, Sarawak. Perjalanan ke kampung tersebut perlu menaiki bot dari Jeti Kampung Semariang Batu dan perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit Sampai sahaja di sana saya bersama agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama) menyantuni guru-guru, anak murid dan penduduk […]

Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Sarawak 2024

Terima kasih saya ucapkan kepada YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak kerana sudi melapangkan masa hadir ke Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara’ Peringkat Sarawak 2024 yang dianjurkan JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Alhamdulillah hari ini 3 orang penerima […]

Selamat Datang, Welcome