Ziarah Asnaf- Encik Suhaili

Saya dan pasukan MAIWP menyantuni Encik Suhaili bin Ismail di kediaman mereka. Encik Suhaili menanggung seorang isteri dan 4 orang anak. Encik Suhaili telah diberhentikan kerja oleh majikan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kesusahan Encik Suhaili sekeluarga telah mendapat perhatian Skuad Jejak Asnaf MAIWP dan telah diberikan sedikit bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung. […]

Ziarah Asnaf- Encik Mazlan

Petang semalam saya dan pasukan MAIWP telah berziarah kepada Encik Mazlan Abdullah di kediaman mereka. Encik Mazlan merupakan seorang OKU fizikal akibat kemalangan. Buat masa ini beliau tidak bekerja kerana tulang kaki kanan patah. Beliau menanggung seorang isteri dan anak. Isteri beliau mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi juga menggunakan insulin. Encik Mazlan adalah […]

Ziarah Asnaf- En. Wan Mohd Hafzan bin Wan Ahmad

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diamanahkan untuk menguruskan dana zakat di Wilayah Persekutuan. Oleh kerana itu, saya meminta MAIWP sentiasa melipatgandakan usaha untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan. Semalam saya menziarahi En Wan Mohd Hafzan bin Wan Ahmad di rumah beliau bersama isteri dan 5 orang anak. Bekerja sebagai penjaga kereta di […]

Perjumpaan bersama Delegasi Liga Muslim Dunia, Arab Saudi

This evening at Putrajaya Islamic Complex, I met a delegation from Muslim World League, Saudi Arabia namely Dr. Abdul Qadir Ahmed Al Mashhor, Dr Mohamed Garawi, Sheikh Mazahir and Noor Azam Hamid. We discuss the preparation of the International Conference of Religious Leaders program as well as the Asian Ulama’ Conference scheduled to take place […]

Tinjauan Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Musa, Kuala Lumpur

Pagi tadi sebelum ke Sidang Parlimen, saya singgah meninjau Sekolah Rendah Agama Jalan Raja Musa, Kuala Lumpur. Sekolah ini amat dekat di hati saya secara peribadi kerana saya juga bersekolah di sini satu masa dulu. Alhamdulillah kini sudah dinaik taraf berbanding masa saya dahulu. Pun begitu, ada beberapa permohonan dari pihak sekolah untuk menaik taraf […]

Ziarah Petugas Media

Petang ini saya berkunjung ke Meja Berita, Media Prima dan Media Kumpulan Karangraf  bertemu para pengamal media yang sentiasa membantu tugasan kami di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Saya telah menyampaikan sedikit kurma sebagai tanda ingatan kepada pasukan media Media prima dan Kumpulan Karangkraf yang membantu agensi hal ehwal Islam khususnya dalam pelaporan berita. […]

Program Sinar Lestari YaPEIM di Negeri Perlis

Saya meneruskan program lawatan kerja ke Negeri Perlis bersama agensi YaPEIM turun menyantuni tujuh orang asnaf yang dibantu menerusi Program Sinar Lestari YaPEIM di negeri Perlis. Alhamdulillah, secara keseluruhan Program Sinar Lestari pada hari ini memanfaatkan keseluruhan penerima ini berjumlah RM188,519.00. Saya mendengar sendiri kisah kegigihan saudara Mohd Syfulzal Sidek dan isteri Yusniza Abdullah dari […]

Menyantuni Pegawai dan Kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis

Saya turun menyantuni para pegawai dan kakitangan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis. Adalah menjadi agenda utama saya di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk memperkukuh dan memperkasa institusi hal ehwal Islam termasuk Jabatan Kehakiman Syariah. Saya percaya dengan kerjasama padu pihak berkuasa agama Islam negeri dan semua pihak ianya akan menjadi kenyataan. Saya telah […]

Majlis Menghadap DYMM Tuanku Raja Perlis

Alhamdulillah, patik menjunjung setinggi-tinggi kasih DYMM Tuanku Raja Perlis atas perkenan menghadap DYMM Tuanku. Patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas keprihatinan DYMM Tuanku kepada pentadbiran hal ehwal Islam. Patik juga menjunjung kasih DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Patik sentiasa berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wataala semoga DYMM Tuanku Raja Perlis dan DYTM Tuanku Raja […]

Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji Tahun 2023

Hari saya telah membuat pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji Tahun 2023 di Ibu Pejabat Tabung Haji, Kuala Lumpur. Telah diumumkan agihan keuntungan tahun 2023 sebanyak 3.10% setelah dilunaskan zakat 2.57% bagi pihak pendeposit. Semoga Tabung Haji meneruskan usaha-usaha memperkukuh institusi Tabung Haji dengan penuh integriti dan kecemerlangan demi kepentingan negara dan ummah.

Selamat Datang, Welcome