Ziarah Pulau Perhentian

Dalam ziarah ke Pulau Perhentian semalam, saya bersama agensi telah mengambil kesempatan berziarah kepada Puan Maimunah binti daud yang telah diuji dengan penyakit buah pinggang tahap 5.
Begitu juga, saya menziarahi Tuan Nab binti Tuan Mat yang telah ditimpa penyakit strok dan turut menziarahi Puan Rasidah binti Saman yang diuji dengan sakit tua.
Saya telah menyampaikan sedikit bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung Puan Maimunah bersama Puan Nab dan Puan Rasidah.
Marilah bersama-sama kita mendoakan agar mereka beroleh kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.
Islam adalah agama rahmah. Marilah bersama kita menghidupkan budaya saling bantu membantu dalam komuniti.
Semoga ia akan memperkukuh kasih sayang dalam masyarakat.

Selamat Datang, Welcome