Program Santuni Komuniti di Pulau Perhentian

Semalam dalam program Santuni Komuniti di Pulau Perhentian, saya bersama Yayasan Taqwa~MAIWP dengan kerjasama Tabung Haji (TH) telah berjaya membina sebuah rumah Bayt Al-Rahmah untuk pasangan Encik Halim Bin Mohd dan Puan Kartina Bt A Ghani.
Encik Halim bekerja bekerja sebagai jurupandu bot dan sebelum ini tinggal di rumah mertua hampir 20 tahun. Dengan keadaan rumah yang sempit dan dhaif, pasangan ini amat memerlukan sebuah rumah sendiri.
Saya telah menyampaikan simbolik penyerahan Bayt Al-Rahmah kepada Encik Halim bersama-sama Ketua-ketua agensi.
Kos keseluruhan Bayt Al-Rahmah Asnaf ini adalah disumbangkan oleh Yayasan Taqwa MAIWP sebanyak RM100,000.00 dan manakala Tabung Haji pula menyumbangkan sebanyak RM50,000.00.
Ini adalah peranan yang digerakkan agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan.
Program ini adalah terjemahan kerjasama strategik JAKIM bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Terengganu (MAIDAM) dan JAWHAR, JKSM, Tabung Haji, TV Alhijrah, Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Yayasan Wakaf Malaysia.
Agensi hal ehwal Islam menyampaikan bakul makanan dan sumbangan Musa’adah sebanyak RM14,000.00 kepada 70 pemandu bot.
Manakala Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM melalui Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad menyampaikan sumbangan sebanyak RM200,000.00 kepada 500 orang asnaf fakir miskin di Pulau Perhentian ini.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa prihatin dan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin, anak-anak yatim, orang kurang upaya, ibu tunggal dan semua golongan yang tidak berkemampuan serta berkeperluan.
Inilah komitmen tinggi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu masyarakat.

Selamat Datang, Welcome