Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Terengganu

Lokasi berikutnya ialah Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Terengganu.
Saya amat gembira dapat bertemu warga SK Pulau Perhentian. Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam pembinaan generasi madani.
Oleh yang demikian, hari ini Sekretariat Dakwah Korporat (SDK) JAKIM menyumbang RM9,000.00 yang berbentuk 3 buah komputer riba kepada pihak sekolah, bersama 200 buah Muqaddam dan 222 set alat tulis kepada para pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian.
Manakala, agensi TV Al Hijrah menyumbang set barangan keperluan sekolah bernilai RM2500.00.
Semoga dengan bantuan yang dihulurkan ini akan dapat memberi manfaat kepada para pelajar yang memerlukan.
Inilah hasrat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu masyarakat khususnya warga sekolah.
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) hadir untuk membantu serta melengkapkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selamat Datang, Welcome