Ziarah Asnaf- Encik Suhaili

Saya dan pasukan MAIWP menyantuni Encik Suhaili bin Ismail di kediaman mereka. Encik Suhaili menanggung seorang isteri dan 4 orang anak.
Encik Suhaili telah diberhentikan kerja oleh majikan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesusahan Encik Suhaili sekeluarga telah mendapat perhatian Skuad Jejak Asnaf MAIWP dan telah diberikan sedikit bantuan untuk meringankan beban yang ditanggung.
MAIWP amat mengalu-alukan maklumat daripada masyarakat. Pihak MAIWP akan turun membuat memantau dan sekiranya memenuhi kriteria yang ditetapkan, MAIWP akan menyampaikan bantuan yang sepatutnya.
Asasnya, saya meminta MAIWP untuk menperhebatkan usaha menjejaki asnaf dan memberikan bantuan yang sewajarnya.

Selamat Datang, Welcome