“Program Rahmah Ramadan MAIWP”

Petang tadi saya bersama pengurusan MAIWP turun berziarah ke Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM (ASDAF) yang terletak di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur
Dengan semangat “Rahmah Ramadan MAIWP”, usaha ini dilaksanakan untuk menyantuni mereka yang kurang bernasib dan memerlukan.
Adalah diharapkan dengan bantuan MAIWP ini kepada Asrama Darul Falah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia PERKIM (ASDAF) dapat meringankan beban dan memudahkan urusan semua pihak pengoperasian ASDAF.
Hari ini saya turut menyampaikan cek cura yang berjumlah RM14,500 kepada Tuan Haji Abdul Halim Bin Mohamad, Pengerusi PERKIM Cawangan ASDAF.
Selain saya bersama MAIWP akan menyampaikan sumbangan tunai kepada 58 orang penghuni Pusat Kebajikan Asrama Darul Falah dengan nilai RM250.00 seorang.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan anak-anak asnaf di sini.

Selamat Datang, Welcome