وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٞ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۚ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Maksud Ayat: “Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Surah Ali-Imran : 104)
Alhamdulillah, pada pagi ini saya melancarkan program Ihya dan ERAT Ramadan bersama Geng Subuh Macam Jumaat bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan.
Program ini adalah anjuran bersama Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Program ini amat signifikan untuk mengajak anak-anak muda mengimarahkan masjid selain memperkukuh amalan solat berjemaah. Ia adalah tunjang kekuatan seseorang.
Dalam majlis ini juga pihak JAWI telah melancarkan inisiatif Geng Sedekah Ramadan untuk menggalakkan masyarakat Islam bersedekah pada bulan Ramadan.
Sudah tentu, sumbangan sedekah ini akan digunakan untuk mengimarah dan mengaktifkan aktiviti-aktiviti di semua masjid, surau Jumaat dan surau di samping agihan kepada masyarakat Islam yang memerlukan.
Syabas buat Saudara Alif Satar dan sahabat-sahabat beliau yang telah memanfaatkan pengaruh anak muda untuk mengajak masyarakat, terutama anak-anak muda menunaikan solat subuh berjemaah bersama-sama kita pada hari ini.
Semoga inisiatif seperti tetap diteruskan dan dapat mengajak lebih ramai lagi untuk berjemaah di masjid mahupun surau.