Majlis Iftar Jalinan Kasih anjuran Yayasan Kita Anak Malaysia

Sekitar Majlis Iftar Jalinan Kasih anjuran Yayasan Kita Anak Malaysia yang dianjurkan semalam.
Majlis ini dilaksana untuk meraikan para pelajar yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi. Ada dikalangan mereka yang tidak berkemampuan, anak-anak yatim termasuk para pelajar OKU.
Saya telah menyampaikan nasihat kepada semua pelajar agar sentiasa menjaga akhlak dan adab. Mereka perlu untuk menjadi pembimbing kepada anak-anak remaja di luar sana.
Mereka semua adalah role model yang memberikan contoh teladan kepada semua pihak. Aspek pembinaan akhlak dan sahsiah adalah aspek terpenting kepada pembinaan negara madani.
Ucapan tahniah dan syabas saya ucapakan kepada Yayasan Kita Anak Malaysia juga turut mengambil langkah proaktif menyalurkan sumbangan lebih daripada 80,000 penerima-penerima di seluruh negara dengan agenda pemerkasaan kesejahteraan masyarakat di bawah payung Kita Anak Malaysia.
Saya juga berpesan kepada anak-anak pelajar agar sentiasa bersyukur atas sumbangan yang diterima. Sebagai tanda bersyukur itu, anak-anak semua perlu melipatgandakan usaha dengan komited membangunkan potensi diri masing-masing.
Semoga usaha ini diberkati serta dirahmati Allah jua.

Selamat Datang, Welcome