Ziarah Asnaf- Encik Mazlan

Petang semalam saya dan pasukan MAIWP telah berziarah kepada Encik Mazlan Abdullah di kediaman mereka.
Encik Mazlan merupakan seorang OKU fizikal akibat kemalangan. Buat masa ini beliau tidak bekerja kerana tulang kaki kanan patah.
Beliau menanggung seorang isteri dan anak. Isteri beliau mengidap penyakit kencing manis dan darah tinggi juga menggunakan insulin.
Encik Mazlan adalah penerima bantuan bulanan zakat MAIWP.
Semoga ziarah ini akan memberikan semangat dan keceriaan kepada Encik Mazlan sekeluarga.
Marilah bersama-sama kita berdoa agar beliau seisi keluarga diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan hendaknya. Ameen

Selamat Datang, Welcome