Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) diamanahkan untuk menguruskan dana zakat di Wilayah Persekutuan.
Oleh kerana itu, saya meminta MAIWP sentiasa melipatgandakan usaha untuk membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan.
Semalam saya menziarahi En Wan Mohd Hafzan bin Wan Ahmad di rumah beliau bersama isteri dan 5 orang anak.
Bekerja sebagai penjaga kereta di sebuah hotel, manakala isteri sebagai suri rumah sepenuh masa menjaga anak-anak.
Dengan kesusahan yang dihadapi, MAIWP hadir memberikan bantuan yang berkelayakan kepada Encik Wan Mohd Hafzan.
Semoga bantuan yang diberikan melalui dana zakat MAIWP ini akan dapat meringankan beban En Wan Mohd Hafzan sekeluarga.
Marilah bersama-sama kita mendoakan agar En Wan Mohd Hafzan sekeluarga dipermudahkan segala urusan.