Petang tadi saya mengadakan pertemuan bersama YBrs Tuan Haji Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang turut dihadiri pasukan beliau di MAIWP.
Saya mendengar taklimat dan beberapa perkembangan terkini usaha-usaha MAIWP.
Saya meminta MAIWP agar terus berusaha bersungguh-sungguh, bekerja sepenuh hati membela asnaf dan masyarakat yang memerlukan.