Pelancaran Buku Kompilasi Arahan Amalan Mahkamah Syariah

Hari ini saya melancarkan Buku Kompilasi Arahan Amalan Mahkamah Syariah bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim bin Lembut, di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Di peringkat Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), JKSM menjadi penyelaras pentadbiran kehakiman di peringkat persekutuan dan bertanggungjawab mengurussetiakan penerbitan Arahan Amalan.
Arahan Amalan Mahkamah Syariah seluruh Malaysia ini adalah salah satu medium bertulis yang berperanan menyeragamkan pentadbiran perundangan dan kehakiman syariah di Mahkamah Syariah seluruh Malaysia.
Ianya akan berkuat kuasa sebaik sahaja diluluskan oleh YAA Ketua Pengarah JKSM dan YAA Ketua-Ketua Hakim Syarie Negeri.
Pelancaran Kompilasi Arahan Amalan Mahkamah Syariah ini akan mempermudahkan rujukan para pengamal undang-undang, ahli-ahli akademik, warga Pegawai Syariah dan para pelajar undang-undang.
Saya berharap JKSM akan terus memperkasa usaha penerbitan bahan-bahan ilmiah di agensi. Ia akan menjadi khazanah ilmu serta rujukan kepada masyarakat dan negara.
Tahniah buat warga JKSM.

Selamat Datang, Welcome