Majlis Iftar bersama warga Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Kampus Pendidikan Islam

Semalam saya menghadiri Majlis Iftar bersama warga Institut Perguruan Malaysia (IPGM) Kampus Pendidikan Islam yang terletak di Bangi, Selangor.
Rasa bahagia dapat bertemu dengan warga IPGM Kampus Pendidikan Islam dan bakal pendidik.
Saya mengambil kesempatan menyentuh secara umum konsep karamah insaniah ini yang menekankan nilai-nilai kemanusiaan yang bukan sahaja kaya budaya ilmunya malah tinggi sahsiah dan adab dalam membentuk generasi Madani.
Ini adalah nilai yang mahu gerakkan bersama kepada masyarakat khususnya anak-anak di peringkat sekolah untuk membentuk generasi madani.
Saya bersama agensi-agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa bersedia untuk mengadakan kerjasama bersama pihak IPGM Kampus Pendidikan Islam untuk kita memperkukuh kekuatan para pendidik yang bekepakaran dalam pengajaran pendidikan Islam.

Selamat Datang, Welcome