Ziarah Puan Wan Rohani bt Wan Ismail

Saya dan pengurusan tertinggi MAIWP telah turun berziarah Puan Wan Rohani bt Wan Ismail di kediaman beliau di PPR Seri Malaysia, Kuala Lumpur.
Puan Wan Rohani yang sudah kematian suami telah diuji dengan masalah kesihatan sakit saraf. Puan Wan Rohani tidak bekerja dan tiada pendapatan melainkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan MAIWP.
Puan Wan Rohani telah dikurnia 7 orang anak termasuk seorang anak kurang upaya (OKU) yang kini berusia 25 tahun. Anak OKU ini memerlukan bantuan.
Puan Wan Rohani adalah penerima bantuan bulanan daripada MAIWP. Semoga bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggungnya.
Inilah peranan agensi MAIWP yang membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan.

Selamat Datang, Welcome