Majlis Perasmian Penutupan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor

Menjunjung kasih dan merafak sembah atas perkenan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor.
Sesungguhnya keberangkatan Duli -Duli Tuanku, amat dinanti-nantikan, terutamanya oleh warga Pengurusan Tabung Haji dan bakal Jemaah Haji Negeri Selangor.
Alhamdulillah, setiap tahun pihak Tabung Haji akan berusaha untuk memastikan bakal-bakal haji menghadiri kursus haji agar lebih bersedia dan lebih mudah menyesuaikan diri semasa di Tanah Suci.
Usaha berterusan TH untuk melahirkan jemaah haji yang berilmu, disiplin dan penuh berakhlak telah mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Arab Saudi apabila Tabung Haji meraih dua ‘Anugerah Labbaitom’ bagi kategori Perkhidmatan Pelanggan dan kategori Program Bimbingan Haji Terbaik Dunia Islam (Best Awareness Program In The Islamic World) semasa Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah pada tahun 2023.
Program pembangunan jemaah haji adalah cukup lengkap meliputi ilmu ibadat haji, penjagaan keselamatan dan kesihatan, disiplin, adab serta akhlak sebagai tetamu Allah, sikap kendiri serta penjagaan kebersihan diri dan persekitaran.
Semoga usaha ini akan diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala.

Selamat Datang, Welcome