Tinjauan kerja-kerja operasi dan dokumentasi bakal jemaah haji di Ibu Pejabat Tabung Haji

Malam ini saya turun membuat tinjauan mengejut ke Ibu Pejabat Tabung Haji melihat kerja-kerja operasi dan dokumentasi bakal jemaah haji yang akan berlepas tidak lama lagi.
Saya bersama pengurusan tertinggi meninjau gerak kerja di Unit Passport dan Visa Tabung Haji yang memproses dokumentasi visa, passport, pembahagian tempat penginapan serta penerbangan bakal jemaah haji.
Saya memberikan ingatan kepada semua warga TH untuk bertugas sepenuh hati kerana ini adalah bakti kita kepada agama, negara dan ummah.
Semoga segala urusan para jemaah haji Malaysia dipermudahkan, Allah jua akan mempermudahkan segala urusan hidup kita dengan asbab tugasan kita yang penuh ikhlas dan itqan.
Saya amat memahami pengorbanan serta daya juang tinggi pegawai dan kakitangan Tabung Haji yang mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada umat Islam.

Selamat Datang, Welcome