Malam ini saya mengisi slot Dari Hati di Ikimfm. Bersama-sama dengan Prof Dato’ Dr Noor Aziah Hj. Mohd Awal, Pesuruhjaya SUHAKAM.
Saya terasa amat dekat dengan slot ini kerana saya menjadi tetamu sejak saya menjawat jawatan Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dahulu.
Rancangan ini membawa isu-isu semasa berkaitan kekeluargaan serta mengemukakan solusi berpanduangan hukum syarak dan perundangan Islam.
Terima kasih Ikimfm kerana sentiasa memberi ruang kepada saya untuk berkongsi ilmu bersama pendengar setia Ikimfm.