Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) komited untuk melaksanakan program pengukuhan nilai-nilai Maqasid Syariah dalam pengurusan.
Tahniah kepada JAKIM kerana telah berjaya menganjurkan Seminar Pengukuhan Nilai Dari Perspektif Maqasid Syariah Ke Arah Kemampanan Tadbir Urus Baik bertempat di Dewan Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM).
Seminar ini amat penting bagi memberikan penerangan tuntas kepada para pentadbir di kalangan pengurusan dan profesional termasuk ahli-ahli akademik.
Terima kasih atas kolaborasi bersama pihak International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC-IIUM) dan Maqasid Institute Malaysia (MIM) yang turut berkongsi pengalaman dan kepakaran.
Usaha ini akan terus dipergiatkan bagi menambahbaik urus tadbir agar selari dengan Maqasid Syariah.

Selamat Datang, Welcome