Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

Sekitar Program Terapi Psikospiritual Islam Klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) anjuran bersama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi, Selangor.
Ini adalah komitmen berterusan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui JAKIM bersama rakan-rakan strategik dalam usaha membimbing pemulihan kepada penyalah guna dan penagih dadah melalui pendekatan Islam.
Terapi Psikospiritual Islam adalah pendekatan untuk memulihkan serta membangkitkan aspek-aspek kerohanian sebagai penawar secara fitrah dan semula jadi kepada masalah penyalahguna dan penagihan dadah ini.
Saya ucapkan syabas atas usaha proaktif yang diambil bersama pengurusan Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi ke arah memperkasa fungsi serta peranan masjid.
Saya doakan semua peserta dikalangan 200 orang klien AADK Hulu Langat yang menghadiri program pada hari ini mendapat manfaat dan kebaikan daripada program ini.
Inilah peranan agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menyantuni dan membimbing masyarakat dengan penuh rahmah dan kasih sayang.

Selamat Datang, Welcome