Kunjung Hormat daripada Menteri Kanan Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja, H.E Neak Okhna Datuk Dr Othsman Hassan

Saya berasa berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kanan Misi Khas (Hal Ehwal Islam) Kemboja, H.E Neak Okhna Datuk Dr Othsman Hassan.
H.E Neak Okhna Datuk Dr Othsman Hassan setiap kali mempunyai tugasan rasmi di Kuala Lumpur, pasti akan menziarahi kami di Kompleks Islam Putrajaya.
Beliau sentiasa berkongsi usaha-usaha yang dilakukan untuk memajukan pengurusan hal ehwal Islam dan masyarakat Muslim di Kemboja.
Semoga hubungan akrab ini memberikan manfaat kepada negara Malaysia dan Kemboja.

Selamat Datang, Welcome