Perasmian Surau Bergerak Bas Dua Tingkat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

Mengiringi YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyempurnakan perasmian Surau Bergerak Bas Dua Tingkat, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Masjid Putra, Putrajaya.
Kemudahan Surau Bergerak Bas Dua Tingkat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ini adalah disediakan kepada umat Islam untuk menunaikan kewajipan bersolat dalam apa-apa majlis berskala besar.
Saya mahu JAWI dan semua agensi Islam terus kreatif memberikan inovasi perkhidmatan kepada umat Islam. Inilah peranan agensi Islam untuk menyantuni keperluan umat Islam.

Selamat Datang, Welcome