Projek Sinar Lestari YaPEIM Negeri Pahang

Misi saya bersama pasukan YaPEIM hari ini berada di Kampung Jarau, Pekan.
Saya telah menyerahkan kunci rumah kepada Puan Normala binti Mustafar penerima manfaat bagi Projek Sinar Lestari YaPEIM Negeri Pahang.
Alhamdulillah Puan Normala dan suami telah dipilih oleh pihak Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sebagai penerima manfaat yang layak dibantu menerusi pembinaan sebuah rumah di Kampung Jarau, Pekan.
Pembinaan rumah ini menelan belanja RM74,735 membabitkan RM60,000 disumbangkan pihak YaPEIM dan selebihnya mendapat pembiayaan dan kerjasama pihak MUIP.
YaPEIM juga telah bersetuju untuk menambah RM3,000 lagi sebagai bantuan keusahawanan berupa barangan dan tunai kepada Puan Normala dan suami yang mengusahakan produk bahulu gulung sebagai sumber pendapatan harian mereka sekeluarga.
Inilah peranan YaPEIM dan MUIP ini dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Untuk rekod, sepanjang tahun 2023 pihak YaPEIM telah meluluskan lapan (😎 permohonan di bawah Projek Sinar Lestari YaPEIM dengan kos keseluruhan RM520,000.00 di seluruh negeri Pahang. Ia membabitkan enam projek bina baharu dan dua projek baik pulih.
Saya mahu Projek Sinar Lestari YaPEIM terus dilaksanakan bagi membantu kumpulan asnaf termasuk dengan bimbingan keusahawanan. Ini tekad kita.

Selamat Datang, Welcome