Kunjung Hormat Gabungan Dakwah Malaysia (GDM)

“Kerja dakwah mesti digerak dengan bersepadu”, itulah antara perkongsian saya bersama NGO Islam, Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) yang berkunjung ke pejabat saya pagi ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Wan Ahmad Nizar bin Zakaria, Pengerusi GDM bersama seluruh rakan pimpinan.
Kami berbincang usaha-usaha untuk memperkukuh gerak kerja dakwah kepada sahabat muallaf selain menonjolkan indahnya Islam kepada komuniti bukan Islam.
NGO Islam perlu memperhebat program dakwah berteraskan ukhuwah, dakwah dan kebajikan kepada masyarakat.
Saya amat mengalu-alukan kerjasama strategik bersama agensi-agensi JPM (Hal Ehwal Agama).

Selamat Datang, Welcome