Misi Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang

Misi Bantuan Pasca Banjir Negeri Pahang diteruskan ke lokasi berikutnya Dewan Felda Chini 1, Pekan.
Di sini saya dan pasukan JPM (Hal Ehwal Agama) menyantuni masyarakat khususnya 87 orang Ketua Isi Rumah yang ditimpa ujian banjir.
Dalam majlis ini, saya menyampaikan bantuan pelbagai bentuk seperti sumbangan Tabung Musaadah, barang keperluan, kelengkapan kit solat, pembersih diri, makanan, selimut toto, alatan pembersihan, lampin, tuala wanita yang keseluruhannya berjumlah RM207,368.34.
Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat meringankan sedikit beban masyarakat yang terkesan dengan musibah banjir kali ini.
Marilah bersama-sama saling mendoakan kesejahteraan saudara kita semua.

Selamat Datang, Welcome