Program Pengukuhan Petugas Haji Tanah Suci Musim Haji 1445H

Malam tadi saya bertemu dengan semua peserta Program Pengukuhan Petugas Haji Tanah Suci Musim Haji 1445H.
Program ini merupakan persiapan awal untuk memperkasa jentera petugas yang bakal menyantuni para Dhuyufurrahman bagi musim Haji 1445H.
Kesatuan di kalangan Petugas Haji memainkan peranan penting dalam operasi haji pada setiap tahun. Kerja berpasukan merupakan salah satu pra-syarat penting bagi membina kesatuan demi mencapai kesefahaman ketika melaksanakan tugasan yang diamanahkan.
Saya berasa amat kagum akan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para Petugas Haji pada setiap musim haji.
Namun kita perlu sentiasa berusaha menambahbaik sistem dan operasi gerakerja kita demi memastikan keselesaan para jemaah Malaysia.
Saya mengajak dan mengingatkan Tabung Haji untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada para jemaah. Itu tekad dan azam kita.

Selamat Datang, Welcome