Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara JAKIM dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara JAKIM dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi pelaksanaan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran.
Program kerjasama antara JAKIM-UTeM ini telah bermula sejak tahun 2017 manakala kerjasama antara JAKIM-UNITEN pula telah bermula sejak tahun 2013 lagi. Majlis Menandatangani MoA/MoU pada hari ini merupakan penyambungan perjanjian antara kedua-dua institusi tersebut.
Kerjasama Darul Quran JAKIM dalam menjalinkan kolaborasi akademik bersama institusi-institusi pengajian tinggi merupakan suatu langkah strategik dalam mewujudkan model pendidikan tahfiz peringkat pengajian tinggi yang cemerlang.
Keberhasilan program ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang signifikan terhadap pencapaian objektif Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah) 2023–2027.

Selamat Datang, Welcome