Majlis Perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024

Sekitar Majlis Perasmian Konvensyen Baitulmal Kebangsaan 2024 anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM).
Institusi sosioekonomi seperti baitulmal, zakat dan wakaf mempunyai peranan yang signifikan dalam mempertingkatkan tahap sosioekonomi masyarakat Islam melalui program-program berkaitan.
Hari ini saya telah melancarkan Sistem Wakaf Tunai Malaysia yang dibangunkan oleh Yayasan Waqaf Malaysia.
Sistem ini merupakan satu sistem komprehensif dan menjadi one stop centre bagi pemerkasaan amalan berwakaf secara tunai di Malaysia.
Ini adalah usaha penambahbaikan pengurusan hal ehwal Islam yang digerakkan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Selamat Datang, Welcome