Perbincangan bersama para pegawai daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) hari ini yang diketuai sendiri oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain, untuk membincangkan perkara berkaitan Institusi Kehakiman dan Perundangan Syariah.
Untuk agenda membentuk masyarakat madani, ia sudah tentu bermula dengan agenda memperkasa aspek kekeluargaan. Pembentukan masyarakat yang bertamadun boleh dibentuk dengan membendung permasalahan yang membelenggu kehidupan semasa, melestarikan kemampanan sosial dan mencerakinkan kestabilan serta kemakmuran bersama.
Saya berharap perbincangan pada hari ini akan dapat membuahkan hasil, masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu kita laksanakan bersama-sama, semangat islah, tekad membuat perubahan ke arah kebaikan, perlu ada dalam perjuangan kita semua.