Kunjung Hormat YBhg Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Semalam saya menerima kunjungan hormat daripada YBhg Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Pendidikan Islam Kebangsaan di bawah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
YBhg Tan Sri Alimuddin sememangnya seorang tokoh berpengalaman luas dalam bidang pelajaran dan pendidikan.
Kami berbincang beberapa perkara mencari kaedah terbaik untuk memperkukuh agenda pendidikan Islam di negara kita khususnya dalam memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia.
Kerajaan Madani melalui Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa meneroka inisiatif-inisiatif baharu supaya hasrat untuk menjaga kehormatan Institusi Islam sepertimana digariskan dibawah Pelan Al Falah dicapai. Semoga dipermudahkan segala usaha dan rencana yang disusun.

Selamat Datang, Welcome