Perasmian Sekolah Antarabangsa Spectrum, Sekolah Kampus Putrajaya.

Alhamdulillah, semalam saya telah merasmikan Sekolah Antarabangsa Spectrum, Sekolah Kampus Putrajaya.
Turut hadir bersama TYT Duta Besar Kazakhstan Bulat Sugurbayev, YBhg Dato’ Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Ketua Pengarah Institut Diplomasi & Hubungan Luar Negeri, YBhg Datuk Syed Mehdhar Bin Syed Abdullah, Pengerusi Sekolah Antarabangsa Spectrum, Encik Ihab Ads, Ketua Pegawai Eksekutif Sekolah Antarabangsa Spectrum, Dr. Kerem Karacaer, Pengetua Sekolah Spectrum & Ustaz Shady Mohab, Ketua Pendidikan Islam Sekolah Antarabangsa Spectrum.
Saya juga telah menunaikan Solat Jumaat bersama para pelajar, bapa dan waris pelajar, kakitangan Spectrum serta penduduk di sekitar Putrajaya di dewan utama Spectrum Kampus Putrajaya.
Saya mendoakan Sekolah Antarabangsa Spectrum akan terus menjadi institusi pendidikan yang memberikan ilmu serta menyemai akhlak dan sahsiah murni kepada para pelajar.

Selamat Datang, Welcome