Menziarahi Encik Mohamad Fazlim bin Sha’ari di kediaman beliau Perumahan Awam Seri Selangor, Kuala Lumpur

Sayu hati saya ketika Menziarahi dan Menyantuni Asnaf di Flat Sri Selangor
Pagi ini saya bersama pengurusan MAIWP menziarahi Encik Mohamad Fazlim bin Sha’ari di kediaman beliau Perumahan Awam Seri Selangor, Kuala Lumpur.
Beliau seorang OKU fizikal serta diuji dengan penyakit darah tinggi serta jantung. Beliau menanggung keluarga termasuk bapa beliau yang terlantar akibat sakit tua. Isteri beliau juga tidak bekerja kerana menjaga keperluan beliau serta ahli keluarga termasuk bapa En Fazlim.
Beliau ada penerima bantuan kewangan bulanan serta bantuan perubatan am daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
MAIWP akan terus sebaik-baiknya menggalas amanah mengagihkan zakat yang dilunaskan para pembayar zakat. Ini adalah amanah yang mesti dibuat sehabis baik oleh MAIWP untuk turun membantu para asnaf dan mereka yang memerlukan.
Apa yang lebih penting adalah dengan menziarahi saudara-saudara kita yang di dalam kesusahan moga menjadi pengubat bagi hati kita yang mungkin sering kali lalai dan leka.

Selamat Datang, Welcome