Rumah kedua saya ziarahi Puan Jamsiah binti Mohd Said di Perumahan Awam Seri Selangor, Kuala Lumpur yang merupakan seorang balu yang kematian suami, menanggung 2 orang anak termasuk anak OKU.
Puan Jamsiah tidak bekerja kerana perlu memberikan perhatian dan penjagaan sepenuhnya kepada anak OKU.
Beliau ada penerima bantuan bulanan dan bantuan perubatan am daripada MAIWP.
Semoga bantuan yang dihulurkan MAIWP dapat meringankan sedikit beban ujian Puan Jamsiah sekeluarga.
Saya sempat memberikan kata-kata nasihat dan semangat kepada mereka sekeluarga. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.