Mesyuarat Jawatankuasa Induk International Conference Of Religious Leaders 2024 dan Persidangan Ulama Asia 2024

Petang tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk International Conference Of Religious Leaders 2024 dan Persidangan Ulama Asia 2024.
Dijadualkan International Conference Of Religious Leaders 2024 berlangsung pada 7 Mei 2024 manakala Persidangan Ulama Asia 2024 pada 8 Mei 2024 yang dianjurkan dengan kerjasama Muslim World League, Arab Saudi.
Kedua-dua program ini membawa hasrat besar khususnya membangunkan wawasan tamadun bersama untuk menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan dalam konteks kemajmukan masyarakat.
Saya telah mengarahkan JAKIM selaku sekretariat utama bersama semua agensi memastikan segala persiapan dan perancangan berjalan lancar.
Semoga usaha murni ini akan dipandu serta diberkati oleh Allah Subhanahu Wataala

Selamat Datang, Welcome