Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023

Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2023 telah berlangsung pada Khamis, 18hb April 2024 di Kompleks Islam Putrajaya.
UPKK merupakan peperiksaan yang dijalankan kepada murid-murid tahun lima kelas KAFA bagi mengukur pencapaian mereka setelah mengikuti pembelajaran KAFA berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.
Dalam peperiksaan UPKK, terdiri daripada 3 kategori penilaian iaitu: sebanyak 8 mata pelajaran diuji kepada calon iaitu:
i) Kategori Ujian Lisan iaitu mata pelajaran Al-Quran dan Penghayatan cara Hidup Islam
ii) Kategori Ujian Bertulis iaitu Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah), Sirah, Adab, Jawi dan Khat dan Lughatul Quran
iii) Kategori Ujian Amali iaitu Amali Solat.
Suka saya nyatakan, kemenjadian murid bukan diukur kepada jumlah bilangan A yang diperoleh, tetapi melalui amalan dan cara hidup Islam yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan.
Harapan saya agar murid-murid yang mengikuti kelas KAFA ini akan menjadi tonggak dan permata yang akan menyemarakkan lagi syiar Islam pada masa akan datang.
Semoga anak-anak menjadi insan yang soleh solehah dan terus menghayati agama dalam kehidupan seharian.

Selamat Datang, Welcome