MENYANTUNI ANAK-ANAK CHOW KIT SEMPENA AIDILFITRI

MENYANTUNI ANAK-ANAK CHOW KIT SEMPENA AIDILFITRI
Seusai tugasan di IKIM pada Isnin malam Selasa yang lepas, saya mengambil kesempatan sempena Aidilfitri dengan meluangkan masa menyantuni anak-anak Chow Kit di pekarangan kawasan Menara Raja Laut, Kuala Lumpur.
Selain dapat beramah mesra dengan mereka saya juga berpeluang menyampaikan duit raya kepada anak-anak Chow Kit sumbangan daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).
Kebanyakan anak-anak Chow Kit yang hadir malam ini kebanyakkan mereka datang daripada latarbelakang keluarga yang diuji pelbagai masalah dan kesempitan hidup.
Namun hampir kebanyakkan mereka semua telahpun menerima santunan melalui skim bantuan zakat yang sesuai daripada MAIWP. Baru-baru ini MAIWP telah menyalurkan insentif tambahan sempena Ramadan dan Aidilfitri yang berjumlah RM1,000.00 setiap keluarga yang menerima Bantuan Kewangan Bulanan daripada agensi ini.

Selamat Datang, Welcome