Majlis Pelancaran 22 rancangan istimewa di TV Alhijrah sempena Ramadan

Bertempat di Stesen KTM Kuala Lumpur semalam, telah dilangsungkan Majlis Pelancaran 22 rancangan istimewa di TV Alhijrah sempena Ramadan kali ini.
TV AlHijrah pada tahun ini mengangkat tema “Ramadan Mentadabbur Keindahan”
Ini adalah usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengajak masyarakat Malaysia khususnya penonton setia TV AlHijrah untuk bersama-sama melipat gandakan doa dan munajat agar dikurniakan nikmat iman dan Islam serta dijauhkan dari sifat kesombongan.
Adalah menjadi hasrat JPM (Hal Ehwal Agama) untuk terus melihat stesen TV AlHijrah sebagai sebuah stesen terulung dalam menyebarkan nilai-nilai Islam yang rahmah serta mesej-mesej kerajaan khususnya agenda membangun Malaysia MADANI.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi TV AlHijrah Tuan Haji Mohd Khair Ngadiron serta Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah Namanzee Harris dan seluruh warga TV Alhijrah.

Selamat Datang, Welcome