Majlis Perasmian Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan

Sekitar Majlis Perasmian Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.
Kita makin menghampiri pintu gerbang Ramadan. Saya mahu JAKIM bersama agensi-agensi hal ehwal Islam memperhebatkan usaha mengajak masyarakat untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan amalan ibadat dan program-program kemasyarakatan.
Tentunya ini adalah sebahagian tugasan agensi-agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membawa misi dakwah dan menyebarkan kasih sayang semasa masyarakat.
Saya mahu JAKIM menyelaras program-program kerohanian dan kemasyarakatan ini bersama para pegawai kader JAKIM di pelbagai Kementerian dan Jabatan. Kita mesti memakmurkan program Ramadan di seluruh Kementerian dan Jabatan dengan kerjasama strategik ini.
Perkara ini amat penting supaya kita semua dapat menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam Madrasah Ramadan.

Selamat Datang, Welcome