Semalam saya menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani bersama YAB Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana.
YAB Perdana Menteri telah meraikan para agamawan, ilmuan, serta pemimpin NGO berkaitan hal ehwal Islam.
YAB Perdana Menteri telah menyampaikan harapan agar ahli agamawan dan ilmuan terus berganding bahu bekerjasama menggerakkan agenda Membangun Malaysia Madani. Ia adalah mesej penting yang perlu disambut oleh semua pihak termasuk agensi hal ehwal Islam.
Para hadirin juga telah mendengar pengisian Ramadan oleh YBhg Dato’ Haji Nooh Gadut, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).
Semoga para ulama’ dan umara’ terus bersatu hati memacu negara memberikan kebaikan kepada masyarakat.