Projek Infak Back To School

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama rakan-rakan strategik telah menggerakkan Projek Infak Back To School bagi membantu pelajar asnaf di daerah Kuantan, Pahang sempena sesi persekolahan 2024/2025.
Program ini dilaksanakan bersama oleh pihak YaPEIM dan juga organisasi yang bernaung di bawah Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM dengan memberikan sumbangan peruntukan sebanyak RM 100,000.00 untuk diagihkan kepada 500 orang pelajar asnaf B40 bagi tujuan pembelian kelengkapan persekolahan.
Ini adalah usaha secara berterusan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk membantu masyarakat yang memerlukan. Dalam kekuatan yang ada kita terus menyusun progran untuk membangunkan masyarakat dengan ilmu dan adab.
Tahniah kepada JAKIM selaku urus setia dan semua pihak yang menjayakan acara ringkas tadi.

Selamat Datang, Welcome