KUNJUNG HORMAT YB MENTERI BESAR PAHANG

Pagi ini saya berkunjung hormat kepada YAB Dato’ Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang di Majlis Bandaraya Kuantan.
Saya amat berbesar hati YAB Menteri Besar telah menyantuni kami dengan penuh ramah kemesraan.
Saya memaklumkan kepada YAB Dato’ Sri akan keberadaan misi pasukan agensi hal ehwal Islam hari ini adalah untuk memberi bantuan pasca banjir di beberapa buah daerah sebagai sokongan kepada usaha sedia ada Kerajaan Negeri dalam membantu masyarakat yang memerlukan.
Alhamdulillah, hubungan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Kerajaan Negeri Pahang amat erat sekali khususnya dalam usaha memperkasa syiar Islam.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan.

Selamat Datang, Welcome