Kunjung Hormat dan Lawatan Rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi

Hari ini saya telah menerima kunjung hormat dan lawatan rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi yang diketuai oleh HE Dr. Hisham Aljadhey, Chief Executive Officer (CEO) of the Saudi Food Drug Authority (SFDA) bersama agensi-agensi lain seperti Saudi Export Development Authority (SEDA), Saudi Standards, Metrology & Quality Organisation (SASO), Saudi Accreditation Centre (SAAC), Saudi Halal Centre (SHC) dan Halal Products Development Company (HPDC).
Antara tujuan Lawatan ini adalah membincangkan berkenaan tindakan lanjut ke atas kerjasama yang dimeterai melalui Memorandum of Co-operation di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Arab Saudi berkaitan Mutual Recognition of Halal Certification for Local Products pada 25 Mei 2023.
Delegasi Arab Saudi telah melanjutkan kunjungan rasmi ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pusat Analisis Halal Malaysia (MyHAC), JAKIM bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan analisis, penyelidikan serta kajian-kajian yang telah dan sedang dilakukan di Malaysia seiring dengan perkembangan industri halal di Malaysia pada hari ini.
Semoga lawatan rasmi ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada kedua-dua negara khususnya dalam sektor halal pada masa akan datang.

Selamat Datang, Welcome