Saya amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg Datuk Ghazali Mohd Noor selaku Setiausaha Agung, The World Zakat Waqaf Forum (WZWF) ke pejabat saya semalam.
Saya amat mengalu-alukan kerjasama erat bersama agensi Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) khususnya agensi JAWHAR dan Yayasan Waqaf Malaysia.
Dengan kerjasama strategik yang melibatkan pihak berkuasa agama Islam Negeri-Negeri, ia akan memperkukuh jaringan kerjasama dalam memperkasa pengurusan zakat dan waqaf.