Majlis Penyampaian Sijil Profesional Kursus Kemahiran Sulh-Mediasi untuk KAGAT

Tahniah saya ucapkan pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bersama Jabatan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (KAGAT) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) atas kejayaan Majlis Penyampaian Sijil Profesional Kursus Kemahiran Sulh-Mediasi untuk KAGAT.
Alhamdulillah, seramai 30 orang peserta daripada KAGAT seluruh negara bersama 3 orang peserta dalam kalangan ahli akademik USIM telah berjaya menamatkan dan melalui proses penilaian Pensijilan Sulh-Mediasi.
Ini adalah terjemahan komitmen dan keprihatinan pihak ATM kepada perkhidmatan kehakiman dan mahkamah-mahkamah Syariah bagi menyelesaikan konflik sesebuah keluarga secara cekap dan berkesan.
Kita semua maklum bahawa Islam amat menganjurkan untuk menyelesaikan setiap pertikaian secara baik ataupun secara Sulh.
Setiap konflik ada penyelesaiannya. Kita mesti bersungguh-sungguh berikhtiar mencari jalan damai.
Semoga program ini akan dapat dikembangkan kepada pelbagai institusi untuk kepentingan keharmonian masyarakat.
Tahniah saya ucapkan sekali kepada JKSM, USIM dan KAGAT atas jaringan kerjasama strategik yang amat baik ini.

Selamat Datang, Welcome