Istiadat pengurniaan watikah pelantikan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Menjunjug kasih KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada ahli-ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berlangsung semalam.
Istiadat pengurniaan watikah pelantikan telah dimulakan dengan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu YBrs Tuan Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Timbalan Pengerusi MAIWP, YBhg. Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff. Berikutnya adalah pengurniaan watikah kepada ahli-ahli MAIWP.
Tahniah diucapkan kepada semua ahli MAIWP atas amanah yang diberikan.
Semoga seluruh ahli MAIWP terus berbakti dengan bersungguh-sungguh dan profesional untuk memartabatkan agama Islam dan menyantuni golongan asnaf jua mereka yang tidak berkemampuan.

Selamat Datang, Welcome